AWWALU KALAM


Assalamualaikum,

Alhamdulillahhirobbil A'lamin, aku bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuwataa'la kerana dengan izin Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, aku telah berjaya membuat blog ini walaupun terhegeh-hegeh dalam menyiapkannya. Selawat dan salam ke atas Rasulallah Nabi Muhammad Sallallahu A'laihi Wassalam untuk segala kasih sayang dan pengorbanan baginda kepada kita. Janggal rasanya berbicara menggunakan dialek baku kerana aku ini biasa menggunakan dialek Besut. Insyaallah, aku cuba sebagai permulaan untuk berbicara namun mungkin selepas ini aku harus menggunakan dialek Besut agar penulisan lebih selesa dan lancar.

Aku tidak berhajat mahu menaip dengan panjang lebar, cukuplah sebagai mukaddimah untuk blog baru aku ini, sekian, sebarang salah dan silap itu tandanya aku ini lemah dan daif selaku makhluk Allah Yang Maha Sempurna dan akulah yang hina.

Wallahua'lam bissowab

W.K AZIZ: Oghe wak blog aku pun nok wak jugok, hehehe!

SAING-SAING